Hari ni agak kepenatan balik keje...2, 3 menjak ni asyik kena masuk meeting jer..sakit kepala di buatnya..tapi takpela dah tugaskan....so untuk mengembalikan semangat dan kesegaran minda i try search citer2 motivasi untuk refresh blk kepala and terjumpa yang ni..jom layannnn...
5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari.
1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel.
Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah
perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap
sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul
tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke
laut. Biarkan ia seadanya, biarkan begitu saja. Dah kita tak boleh nak
buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan.
Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan komplen,jangan
ngomel.
2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.
Cakap hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu, seperti
kami pernah ulang di artikel-artikel lalu. Elak banyak bercakap
seolah-olah Anda banyak tahu untuk membuat diri Anda menonjol, nampak
hebat gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya
menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan
diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif,
diapikan oleh ego. Hentikan, supaya Anda dapat ‘maintain’ berfikiran
positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem!
3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.
Berhenti salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin,
salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri Anda.
Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang
berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen,
berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri
Anda sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian.
Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan peranan. Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri
sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak.
Jika Anda wanita dan Anda perasan suami Anda tidak melayan Anda berbeza
dari dulu, salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dan
tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi kecantikan sedia ada, untuk
senangkan hati suami Anda.
4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!.
Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran
positif hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia
lahir dari hati. Setiap orang disekeliling dihormati tanpa mengira
jawatan, harta dan darjat, walau orang tu makcik cleaner sahaja. Orang
berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk
menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan
perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.
5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.
Jika sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas
dengan ayat “aku mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu
berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang Anda tulis. Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh.
Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak
mengubah sikap suka bertangguh.
Untuk membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan
dan percakapan Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan
kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena
baik. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif yang Anda dah bina.